Thursday, 14 March 2013

Langkah-langkah mengurangkan tapak pelupusan sampah.

Semalam saya ada terbaca satu artikel pasal tapak pelupusan sampah. Saya tertarik dengan satu baris ayat dalam artikel tu "sebanyak 8 bilion penggunaan beg plastik dalam tempoh setahun dan dalam tempoh sehari mengikut kajian yang dijalankan sebanyak 30,000 tan sampah dibuang ke tapak pelupusan sampah."
 Read more: http://www.theborneopost.com/2011/01/02/114-tapak-pelupusan-sampah-di-malaysia-tenat/#ixzz2NWrMk1lB

Kalau berdasarkan kajian tu, by the next 10 years, Bumi kita ni akan dipenuhi oleh tapak pelupusan sampah ja. sekarang ni pon dah ada 290 tapak pelupusan sampah. Jadi apa tindakan kita selaku pengguna untuk mengurangkan sampah?

Di sini saya nk share pendapat saya tentang beberapa langkah mudah yang boleh diambil oleh kita selaku pengguna untuk mengurangkan sampah.
1. Menggunakan semula plastik yang kita dapat bila pergi beli barang kat supermarket.
2. Membawa bekas makanan ke tempat kerja. Tak perlu la tapau pakai polistren atau bungkus lauk pakai plastik.(Cakap memang senang la bang,hehe)
3. Menggunakan beg kertas berbanding beg plastik. Kertas ialah bahan yang biodegradable.
4. Menggunakan produk berkonsentrasi tinggi contohnya macam pencuci pinggan mangkuk DishDrop Amway. Satu Liter botol DishDrop Amway boleh dicampur dengan air untuk dapat 6 Liter pencuci pinggan mangkuk. So dh 5 bekas plastik dapat dikurangkan. Kalau 100 orang pakai DishDrop, dah 500 bekas plastik dapat dijimatkan.
Banyak lagi langkah yang kita boleh ambil sebagai pengguna untuk mengurangkan sampah. semuanya terpulang pada diri kita sendiri dan sejauh mana kesedaran kita mengenai betapa pentingnya mengurangkan sampah.

No comments:

Post a Comment