Thursday, 14 March 2013

Langkah-langkah mengurangkan tapak pelupusan sampah.

Semalam saya ada terbaca satu artikel pasal tapak pelupusan sampah. Saya tertarik dengan satu baris ayat dalam artikel tu "sebanyak 8 bilion penggunaan beg plastik dalam tempoh setahun dan dalam tempoh sehari mengikut kajian yang dijalankan sebanyak 30,000 tan sampah dibuang ke tapak pelupusan sampah."
 Read more: http://www.theborneopost.com/2011/01/02/114-tapak-pelupusan-sampah-di-malaysia-tenat/#ixzz2NWrMk1lB

Kalau berdasarkan kajian tu, by the next 10 years, Bumi kita ni akan dipenuhi oleh tapak pelupusan sampah ja. sekarang ni pon dah ada 290 tapak pelupusan sampah. Jadi apa tindakan kita selaku pengguna untuk mengurangkan sampah?

Di sini saya nk share pendapat saya tentang beberapa langkah mudah yang boleh diambil oleh kita selaku pengguna untuk mengurangkan sampah.
1. Menggunakan semula plastik yang kita dapat bila pergi beli barang kat supermarket.
2. Membawa bekas makanan ke tempat kerja. Tak perlu la tapau pakai polistren atau bungkus lauk pakai plastik.(Cakap memang senang la bang,hehe)
3. Menggunakan beg kertas berbanding beg plastik. Kertas ialah bahan yang biodegradable.
4. Menggunakan produk berkonsentrasi tinggi contohnya macam pencuci pinggan mangkuk DishDrop Amway. Satu Liter botol DishDrop Amway boleh dicampur dengan air untuk dapat 6 Liter pencuci pinggan mangkuk. So dh 5 bekas plastik dapat dikurangkan. Kalau 100 orang pakai DishDrop, dah 500 bekas plastik dapat dijimatkan.
Banyak lagi langkah yang kita boleh ambil sebagai pengguna untuk mengurangkan sampah. semuanya terpulang pada diri kita sendiri dan sejauh mana kesedaran kita mengenai betapa pentingnya mengurangkan sampah.

Saturday, 16 February 2013

Tips memilih penapis air minuman rumah.

1. Nilai apa keperluan anda untuk menggunakan penapis air, adakah untuk menapis keseluruhan air dalam rumah atau hanya menapis air untuk keperluan minuman.

2. Untuk keselamatan air minuman, anda perlukan penapis yang dapat menapis sehingga 0.5 microns(contohnya seperti jenis 'carbon block') dan telah disahkan oleh NSF International(www.nsf.org).

3. Buat keputusan tentang apakah bahan cemar yang anda mahu tapis. Contohnya, jika menerima air dari sistem utility air, besar kemungkinan chloramines akan ditambah selain daripada klorin untuk merawat air anda. Sistem penapis air yang dicari mestilah disahkan NSF untuk menapis chloramines, chlorine and dan trihalomethanes(bersifat karsinogen)